Saturday 16 July 2011

Dugaan Negara

Ana bukanlah seorang  pegawai polis, anak kepada pegawai polis mahupun mempunyai saudara dekat dalam pasukan beruniform itu.

Cuma Ana tersentuh bila mengenangkan terlalu banyak tohmahan/ tuduhan terhadap pasukan polis terutama ketika demonstrasi BERSIH 2.0 09072011. Sedikit pandangan ana mengenai Bersih,

Jelas kita lihat apa yang berlaku pada hari itu Bersih 2.0 adalah sama sekali tidak berasas kerana ia kini diketuai dan dibiayai oleh kepentingan politik parti-parti pembangkang dan bukan kebajikan sebenar masyarakat!

Sebuah perhimpunan perlu berjalan berdasarkan pihak yang neutral dan generik tanpa menjalankan apa-apa yang khusus dalam politik dan juga mesti dibiayai oleh diri sendiri/ kemampuan diri. Ya benar  rakyat / masyarakat kini sudah bijak bersuara, tidak syak lagi namun pelaksanaan ialah salah satu bahagian atau cara dan perlu bertujuan keadilan! bukannya kemahuan peribadi!
 

 Oh kembali, mengenai Polis, Bersih begitu mencabar kredibiliti polis sehingga terpaksa menggunakan kuasa mereka, namun bukanlah kekerasan seperti yang ditokok tambahkan atau digembar- gembur, hamburan kata- kata polis kejam, zalim itu dan ini.. Oh dakyah semata!

Akhir sekali, Ini yang terjadi apabila seseorang protester berdemonstarasi di negara orang lain, ditembak sehingga mati. Adakah kita dikira Kejam? Zalim?



p/s:  80% masyarakat melayu ?

Salah- menyalahi

Pak Samad: Agong is expecting petition

Assalamualaikum, Salam untuk semua

Freedom of speech? thanks to blog-new media  

Kalau dikira ana masih baru dalam blogging-blogging ini, selama ini ana sekadar mencuri pandang, membaca apa yang menarik perhatian, nak tahu extra-saucy news yang tidak pernah diwar-warkan dalam print media. Jadi semuanya terpendam dalam hati, terperap dalam kotak fikiran sehingga kadangkala boleh buat jiwa berkocak!

Jari jemari mula bergetar, hati dah berdetik. hendak mula menulis, tapi tidaklah begitu bertauliah, ana pun bukanlah seorang yang puitis seperti karyawan kita A. Samad Said yang akhir-akhir ini seorang pejuang pula! hebat! daripada sebuah karya diadaptasi menjadi realiti. Mana tahu, ana mungkin juga boleh jadi seperti beliau, malah lebih pantas.

Ana hanyalah seorang anak Malaysia yang ingin nyatakan apa isi hati melalui fikiran, pemerhatian & rasa!

sammania-al b.